Tuesday, April 16, 2013

First Giveaway semperna 100 follower by Syada Nazurah





    Hi! Apa khabar semua? Saya harap semua sihat-sihat belaka. OK saya sebenarnya tak nak cerita panjang-panjang. Hasrat hati saya pada kali ini ialah nak buat giveaway buat julung kalinya. Yelakan orang tak pernah buat nak merasa jugak buat giveaway. Saya buat giveaway ini semperna follower saya yang telah mencecah 100. Bukti inilah dia.




    Seronok-seronok! Padahal orang lain dah berarus, beribu saya tengok. Tapi tak apa itu bukanlah faktor saya untuk terus give up dalam dunia blogging ini. Ok teruskan membaca untuk tahu tentang giveaway saya. 



    Syarat adalah seperti berikut :
    1. Follow blog Syada Nazurah dan Like Page Syada Nazurah.
    2. Tulis satu entry bertajuk "First Giveaway semperna 100 follower by Syada Nazurah"
    3. Tinggalkan link entry blog anda di ruang komen sahaja, di Cbox tidak diterima.
    4. Tag beberapa rakan anda sekurang-kurangnya tiga orang tiada tahap maksimum untuk anda tag rakan anda. Pastikan rakan yang anda 'tag' itu tahu akan giveaway ini.
    5. Jangan lupa untuk like sponsor untuk giveaway ini.
    6. Due date : 1 Mei 2013 cepat sebelum terlambat!
    Itu sahaja, senang je kan? Apa lagi marilah sama masuk giveaway saya. Hadiah akan saya beritahu kemudian serta pemberitahuan calon pemenang untuk segmen giveaway saya ini.
    Itu saja dari saya. 


    SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA!


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Friday, April 12, 2013

    New Confession




     Apa khabar? Apa pendapat awak tentang pic post yang saya buat nie.. Ok tak? Saya saje je menggedik buat bende nie.. Apa khabar semua? Okay hari ini saya nak cerita tentang... *fikir kejap*

    Ade sape-sape dekat sini edit blog guna HTML code tak? Mesti semua orang ade buat kan. Semalam saya perasan blogger dah tukar layout baru untuk HTML code.. Tau tak HTML code tu ape? Alah. Yang ini.. Tengok gambar.. Yang kaler warna-warni.. Itu saja saya nak bagi tau pasal HTML code..


    Siape dekat sini minat KPOP? *sila komen tau lepas bace* Main-main saje lah Siapa dekat sini minat BToB a.k.a Born To Beat? Saya minat. Mesti semua orang dah tau kan yang mereka keluar mini album barukan? Umm...

    Nama Album : Second Confession
    Singer : BTOB
    Tracklist : 

    P/S : Kalau nak download lagu Klik Saja pada Tajuk Lagu Tersebut 

    Ini pulak Trailer untuk album BTOB kali ini..


    Yang ini pulak Music Videonya baru saje kena upload dah dapat beribu komen..



    Okeyla sampai disini saja coretan saya pada kali ini.. Jumpa lagi dilain lembaran.. Sana nak rehat sebab tadi ade kelas memandu... Bye bye..

    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Wednesday, April 10, 2013

    Miss Somebody


    Hi! Assalamualaikumm dan Selamat Malam...

    Berjumpa lagi ya kita...
    So, apa khabar semua? Harap=harap semua ok saja. Saya nak update blog pasal 'I MISS SOMEBODY' sebab kawan saya yang cantik seorang ini update blog pasal kenangan dulu-dulu waktu zaman kanak-kanak makan ice cream..

    Gambar sekadar hiasan
    Si CANTIK ini update blog die kelakar pasal kitaorang nak tengok? Boleh blogwalking sekali blog die nie. MISS AKMA. Saya ada print screen blog nya. Nak usha just klik pada gambar yg diberi. Tapi bukan gambar Nichkhun ye!



    Saya sekarang tiba-tiba dalam mood malas pulak.. Just tengok nie ape respond kawan-kawan kita orang..


    Gambar ini merupakan post Miss Akma buat dalam blognya pasal kita orang. Tapi lawak bila kenangkan balik. Nak cerita pown tak boleh. Dah la time itu mase tengah cuti seminggu untuk paper SPM yang selanjutnya. Contohnya : BIO, CHEMISTRY, PHYSICS. Dah la semua hard core boleh pulak main-main sebab nak hilangkan tekanan.


    Ini pulak gambar kawan saya punya respond..


    Just NICE to KNOW THEM.

    I MISS ALL MY FRIENDS LIKE CRAZY NAK BUAT KERJA DULU-DULU TIME MASA SEKOLAH


    Sampai disini saya saja saya punya coretan, tak boleh sambung lama-lama sebab esok ade drving class. Err.. Malas sebenarnya tapi nak buat macam mane sebab driving test 16 APRIL nie gila la tak praktis (macam perfect sangat) Okay la.. Bye bye..



    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Mini - Mini Giveaway By Nabila Medan


    Hi! Assalamualaikumm dan Selamat Malam...

    Berjumpa lagi ya kita... Dah lama tak update blog. (padahal baru sehari) 
    Okay hari ini tiba-tiba saya nak update blog sebab :

    1. Saya nak tengok drama tapi lambat loading
    2. Saya ternampak Nabila Medan buat GA
    Siapa tak excitedkan bila dapat tahu orang buat giveaway. Tapi sekarang ini saya perasan ramai yang buat giveaway dan bloglist. Bila saya buat bloglist tak ada siapapun nak masuk. Tengoklah buktinya KLIK SINI sedihkan? Walau apapun hidaup kita kena teruskan!!

    Okey saya malas nak simpang banyak-banyak post ini just untuk GA Nabila Medan saja..

    http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2013/04/mini-mini-giveaway-by-nabilamedan.html

    Pelik la kan kalau GA x ade syarat-syarat tertentu. Syat yang Nabila Medan bagi ini sangat simple just KLIK dekat banner/picture dekat atas itu.

    P/S : Pastikan anda mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan kalau tidak awak kena blacklist dari masuk GA Nabila Medan.

    So tunggu apa lagi marilah masuk bersama-sama!

    Bye! Nak buat post pasal bende lain pulak... 

    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Monday, April 8, 2013

    TUTORIAL : How To Download Adobe Photoshop


    Hi!

    Berjumpa kita lagi di lain lembaran.. Okey hari ini saya nak buat tutorial macam mana nak download Adobe Photoshop.. Tutorial ini telah direquestkan oleh kawan saya iaitu Miss D.

    Saya jadi rajin disebabkan oleh ini : Tang!

    Tunggu upload video tapi lambat lagi.

    Jadi saya rajin sekarang. Ok Adobe Photoshop dah ade banyak sekarang tapi saya selalu guna Adobe Photoshop Cs3. Saya harap ianya oklah untuk Miss D ya!



    Let's Go Step By Step :

    1. Mula-mula Log Inblog sendiri.
    2. KLIK SINI just wait.
    3. Lepas tu dia keluar macam nie kan? Just klik mcam saya tunjuk itu.


    4. Open file lepas itu unzipkan file tersebut macam ini.


    5. Keluarla file. Macam ini.


    6. Open file> Adobe Photoshop> Open> Run


    Bila dah run jadi macam ini.

    7. Bila dah run  keluar macam ini. Awak perlu tulis huruf E besar, capital dan tekan enter. Dan anda bolej guna dengan senang hati.


    Selamat mencuba! Kalau tak boleh nak buat sila komen cepat, boleh saya bantu... 




    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Sudah Tahu Bertanya Pula


    Hi! Assalamualaikum! Annyeong!

    Apa khabar semua? Saya sihat saja. Maaf sebab beberapa hari yang lepas saya tak update blog. Saya tak update blog sebab alasan yang tak munsabah iaitu tengok drama korea tak kukuh kan alasan tu? Lagi satu alasan ialah saya MALAS

    Semalam saya dan family pergi AEON. Tapi tak sempat pun nak ambil and posing dekat AEON STATION 18, selalunya kami satu family akan posing sama-sama malangnya semalam umi say tak bawak camera so tak dapat la saya nak hiaskan blog nie dengan gambar kita orang pergi AEON. Sebenarnya saya dah lama tak keluar rumah I mean pergi jalan-jalan la. Sebab mak saya busy lagi, saya pun tak dapat lagi lesen kereta so tak boleh pergi mana-mana la. We must wait for our umi done her work first then we are going to enjoy!

    So disebabkan semalam saya dan family keluar pergi AEON mulalah saya naik tanduk. Mula-mula planning kita orang ialah nak tengok wayang disebabkan wayang tak ade cerita yang best so kita orang tak tengok wayang la dan terus pergi makan sebab time tu dah pukul 12 lebih terus lunch la. Dah habis lunch adik-adik semua merungut nak balik dah, tapi saya tak nak balik. So kita orang terus pergi popular.ARGHHHH!!!! Rambang mata sebab dah lama tak bace novels, semua novel yang ade dah habis so nak beli yan g baru la, semalam baru hajat kesamapaian. Sampaikan umi saya kata kamu ini novel je tak habis-habis. Saya tesengih je. Tapi saya rase tal adelah banyak sangat, saya beli tiga novel je. Lepas beli novel barula kita orang balik rumah.

    Inilah novel yang saya beli. Mesti ada yang dah baca kan?

    TODAY STORY

    Pagi tadi saya tengah khusyuk layan komen dekat blog saya nie. Tiba-tiba phone saya berbunyi lagu mesej, saya dengar dan biar je la. Dah lame lepas tu baru saya tergerak hati nak ambil phone saya then saya terus tengok mesej. OMG! saya terkejutla sebab someone nie dah lama tak mesej saya lepas saya buat something dekat dia. Tapi tak ade la parah sangat, saya malas nak layan sebab SPM so saya just Let It Go la kan bak kata orang putih.

    HIM : Assalam. Ni cpe?
    ME : Salam. Nie cpe? Org la.
    HIM : Ye la orang. Takkan la alien pulak. Nie cpe? Name?
    ME : Wan. Cpe nie?
    HIM : Wan? Name penuh ape?
    ME : Wan Nursyahada Nazurah? Kenapa erk?
    HIM : Owh. K2. Sorry. K Bye. Salam.
    Mase saya tengok mesej yang HIM bagi tu kan saya terkejut sebab takkan die tak kenal saya, last mesej dengan HIM pown bulan 12 hari tu Tak kan patah hati dengan saya lagi kut? Muka kacak bergaya mesti ade yang berkenan. Tiba-tiba rase sakit hati pulak bila HIM buat macam tu. Tapi apakan daya saya. Biarlakan dia.

    Then kawan saya Miss D tanye pasal HIM. Ape cerita tentang saya and HIM. Saya pown komen la dekat kawan saya macam nie.

    Komen kita orang dekat blog Miss D
    Sebab itulah saya buat post pasal HIM hari ini. Ok lepas ini saya nak buat post pasal tuto pulak.
    Tapi saya still lagi musykil dengan HIM takkan dah tak ingat kowt tuan punye nombor. HIM yang mesej dulu bukan saya.. Ummm...

    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Friday, April 5, 2013

    Giveaway by DI #2






    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Thursday, April 4, 2013

    APRIL Bloglist 2013


    Assalaimualaikum dan selamat pagi semua...

    Sihat tak? Saya sihat lagi tak patah mana-mana bahagian badan lagi kalau nak kata patah hati itu ade la jugak awal tahun lepas... Hehe  Ok disebabkan hari ini dah bertarikh 04 April 2013 jadi saya nak buat satu segmen...

    Jajjang!!!

    Kalau tengok tajuk pun dah tahu, apa lagi segmen bloglist la. Segmen ini merupakan percubaan pertama saya dan saya akan buat bloglist setiap bulan. Kiranya tiap-tiapbulan blog list saya akan bertukar, ye la tak kan nak orang yang sama saja sepanjang tahun tapi saya buat sepanjang bulan... 

    Nak masuk dalam senarai bloglist saya? Eh! Siapa kata tak boleh, boleh tapi kena ada syaratnya



    Syarat Umum : 

    1. Seorang yang merupakan warganegara
    2. Seseorang yang mempunyai blognya sendiri

    Syarat Wajib :

    1. Anda dikehendaki membuat satu entry tentang bloglist yang saya adakan
    2. Anda dikehendaki follow blog saya  
    3. Anda dikehendaki like ini :

    Like ini jugak..

     
    4. Anda juga dikehendaki untuk tag beberapa orang blogger atau rakan anda yang mempunyai blog. Lagi ramai lagi baguskan? Anda perlu tag blogger lain sekurang-kurangnya TIGA orang.
    5. Akhir sekali, selepas anda buat semuanya anda bolehlah tinggalkan link blog anda tentang bloglist saya di kotak komen saya.

    Tarikh Luput : Bila dah cukup kuota 

    P/S : Saya akan batalkan segmen bloglist ini jika segmen ini kurang daripada 30 orang.

    Sampai di sini saja saya mahu berkata-kata. Saya harap ramai yang nak masukkan link blog mereka dalam bloglist saya. Amin... Jumpa lagi di lain lembaran... 

    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Tuesday, April 2, 2013

    Tawaran : Farmasi oh tidak!! Bloglist? m.m


    Assalaimualaikum dan selamat malam semua.

    Saya harap semua baik-baik belaka. Sebenarnya dari pagi tadi sampai petang saya ada dekat kampung. Tak buat apa pun duduk tengok tv. Ala takat kemas rumah biasalah adat kita kena buat bila dah lama tak balik rumah. Dekat kampung saya itu tak ada siapa pun. Maksud saya tak ada opah, atuk, sepupu, sepapat, sepipit, dengan sepapanlah sekali. Malamtadi tiba-tiba umi saya cakap balik kampung. Ok tak kesah pun. Tapi saya boring duduk dekat sana sebab tak ada apa-apa.

    Bila waktu petang lepas umi saya habis kerja, umi ambil kami adik-beradik dari kampung, sampai saja rumah dah nak hujan lebat kami adik-beradik kelang-kabut angkat kain dari jemuran, ada yang tutup suis, cabut plug. Dan saya pulak tutup pagar pergi peti surah tengok surat. Hehehe ^^ Saya ambil surat dari etisurat tengok surat nama pertama yang saya tengok nama umi saya  Baru saya nak patah hati sebab saya tak dapat surat tengok-tengok nama saya!  Seronok sangat sebab saya memang tunggu surat tawaran pun sebab saya dapat yang saya tak minat walaupun saya ambil course waktu SPM sains tulen. Tapi saya tak pernah suka sains, tengok-tengok ambil kau FARMASI  Sedih betul, before ini saya dapat surat atwaran pun farmasi, tak farmasi bidang sain. kenapalah tak bagi saya dalam bidang math. Subjek math paling saya score tapi tak dapat. I mean both math la : add math and math mod.

    I LOVE MATH FOREVER

    Macam video yang matluthfi buat tu pasal SPM dah tengok ke belum? Check this video.


    Macam situasi yang matlutfhi buat sama macam saya.

    Example :

    XX : Kamu nak ambil ape lepas ini
    ME : Nak ambil bidang math asalkan bukan sains
    XX : Hah? Apa kamu/ko nie name je budak sains tapi nak ambil math. Ape kes. Orang jadila doktor ke, arkitek ke. Kalau kamu ambil bidang math ape kamu boleh buat?
    ME : Kan bidang math banyak. Jadi tak de la susah sangat.
    XX : Suke hatilah. Bidang math bidang ape?
    ME : Science actuary.
    XX : Apa kamu boleh jadi?
    ...........................................................................................................................

    Cukup sampai dekat situ saja. kalau orang tanya saya mestimacam itu sampaikan tak tau and tak boleh nak jawab apa. Kadang-kadang saya jawab dengan soalan. letih nak jawab benda yang sama.

    Apa nak jadi,
    Apa nak jadi,
    Sampai sekarang tak sambung study. (padahal baru je lepas dapat result)

    Oklah sampai dekat sini saya nak bermadah.Tapi apa pendapat awak kalau saya buat satu segmen bloglist. Nak tak? give me respond OK?


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Monday, April 1, 2013

    1 April RTM Kali ke-67 ?


    Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

    Moga hari anda ceria selalu.. ;d
    Saya ada satu cerita. Adakah anda semua tahu hari ini ada satu event yang penting? Saya dapat tahu pun daripada radio. Hehehe. ^^

    Memandangkan hari ini ialah 1 April 2013, saya nak ucapkan selamat datang ke bulan April. Saya berharap bulan April ini lebih baik dari bulan yang lalu. Amin. Berbalik kepada topik asal.

    Petang tadi saya dalam perjalan pulang ke rumah umi saya turn on siaran Perak f.m. selalunya Perak f.m. petang-petang ada ceramah, saya selalu juga dengar sebab umi saya buka. Selalunya radio kan ada iklan semenrtara tapi tiba-tiba saya terdengar suara seorang wanita berkata begini :

    Memandangkan hari ini merupakan 1 April dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengokong kami iaitu, pendengar radio Perak f.m dan RTM. Anda semua telah menyokong kami dan hari merupakan hari RTM yang ke-67. Bla.Bla.Bla
    Banyak lagi sebenarnya empunya suara itu berkata-kata. Cewah! Tapi tak adalah saya ingat stiap butir perkara yang beliau katakan. Saya cuma tertarik dengan katanya yang menyatakan RTM telah menyambut hari ulang tahun yang ke-67. Lama tu, sebenarnya saya tak pernah tahu pun hari ini merupakan hari ulang tahun RTM. Apa yang saya tahu birthday family saya dan beberapa orang kawan saya yang saya ingat. :)

    Tapi saya tak tahulah RTM apa kan. Saya rasa yang ada siaran television RTM 1 dan RTM 2. Walaubagaimanpun saya tetap nak ucapkan selamat hari ulang tahun RTM!  

    Sebenarnya sebelum saya buat entry ini saya tengah menonton satu drama korea, tiba-tiba saya teringat saya nak buat post tentang ulang tahun RTM jadi tersangkutlah saya dekat blog ini seketika. Kini tibalah masa untuk saya menyambung semula drama yang saya tertangguh itu.  Nanti saya cerita apa yang saya tengok. Jangan risau, itupun kalau awak nak baca. n.n

    Sampai disini saja embaran saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi di lain lembaran. Macam mana dengan yang saya decoration blog saya yang baru? Ok tak? Lepas saya menonton drama tersebut saya nak edit blog lagi masih ada yang kurang. Kalah ada salah silap minta ampun dan maaf dari hujung kaki sehingga hujung rambut.. :p

    Selamat berjumpa lagi!


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR