Showing posts with label KawAN. Show all posts
Showing posts with label KawAN. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Study di UiTM


Assalamualaikum and Hi to all readers + stalkers.. 
Jangan marah-marah ya! Main-main saja.. Jeles la tengok kawan-kawan lain dah nak masuk kolej or matrik.. Rezeki deorang sampai dulu tk apa.. Yaaaa! Result UPU dah keluar.. Nak tau tak result saya dapat berapa?? Tapi tak ada la gah sangat macam orang lain yangdapat ASASi.. Saya tak dapat asasi dapat DIPLOMa je.. Tapi Ok la sebab dapat bidang yang diminati!!

Yalah rezeki setiap orang lain-lain.. Oklah saya bagi tahu apa yang saya dapat ya masa result UPU..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kampus Tetap : A4 - UITM KAMPUS TAPAH

Kampus Transit (Sementara) : A - UiTM Kampus Seri Iskandar
Mod Pengajian : Sepenuh Masa 
Sesi Kemasukan : Semester 1 2013/2014 



Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.



Tempat : UITM KAMPUS SRI ISKANDAR, BANDAR SRI ISKANDAR, 32600 BOTA, PERAK
Tarikh : 02/06/2013 
Masa : 8:30AM - 4:30PM
Tapi saya dah terima pown tawaran untuk pergi UiTM nie.. Sebelum nie kan saya ada dapat banyak tawaran tapi bila dah bincang*sebelum dan selepas result UPU keluar* dengan ramai orang*mak sedara,ayak sedara,parents* baik ambil Dip Statistik.. Banyak jugak pepluang pekerjaan and what so ever la.. 

Jangan salah anggap pulak bukan mereka yang paksa saya.. Saya memang suka dengan nombor dan matematik jadi saya tak kisah.. Yang selama ini yang saya dapat semua yang berkaitan dengan sains and IT. Yang ada kaitan dengan sains tu komfem-komfem la saya tolak so yang tinggal skop IT je la and matrik.. Masa tu tak terpikir pown result UPU akan keluar awal*awal la jugak* so tengok doe offer ape dan last sekali terima jugak UiTM.. Tapi saya tak tahu sangat.. Macam mane.. Nak buat PTPTN la itu la.. Lagi susah sebab saya anak sulung and parents pown tak tau sangat semua nak kena prefer dekat orang yang ada pengalaman la.. Bak kata saya : "Anak sulung adalah experiment untuk parents sendiri sebab parents tak ada pengalaman anak yang dah lepas SPM" 

Apa-apa pun Tahniah kepada semua orang sebab ada yang berjaya untuk melanjutkan pelajarannya.. Waaa.. Tak sabarnya nak sambung study..  Hehehe.. Excited sangat nie tapi duit yuran and semua keperluan pown belom beli lagi.. *melampau sangat baru berapa hari bulan* Nanti kena buat pemeriksaan kesihatan la, PTPTN la.. Yang ada kaitan dengan PTPTN lagi tak tau nak buat macam mana.. Sob sob.. Tapi kena saya kena prepare elok-elok la.. Nasib baik saya ada kakak senior*kakak angkat* yang satu kampus so tanya dia la.. 


  • Today
  • Syada Nazurah

    Salam kak XXXX, zura dpt kt perak je.. tp zura tak phm sgt la sbb die kate kampus tetap dkt tapah n kampus sementara dkt sri iskandar..
  • XXXXX

    Yeah.. akak da agak... tahun dpn bru zura msk tapah... tapah still dlm pmbgunan..
  • Syada Nazurah

    owh.. thanks akak sbb bg tau.. tp zura dpt dip statistik..


  • Kirenya zura akn satu sem kt seri iskandar... lps tu, in sha allah sem 2 bru pindah tapah.. so pape dftr kt seri iskndr dlu..
    Tau..


Nie conversation saya n kakak angkat saya.. Ok lah nanti saya update lagi.. Nanti mak saya marah pulak ye la kerja rumah tak siap.. Pagi-pagi dah menghadap laptop update blog.. Hihihi..  Walupun mak saya sedang bekerja sekarang nanti mak saya balik dapat tahu jugak.. Ok lah see you soon.. Nanti saya update lagi..




THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Wednesday, April 10, 2013

Miss Somebody


Hi! Assalamualaikumm dan Selamat Malam...

Berjumpa lagi ya kita...
So, apa khabar semua? Harap=harap semua ok saja. Saya nak update blog pasal 'I MISS SOMEBODY' sebab kawan saya yang cantik seorang ini update blog pasal kenangan dulu-dulu waktu zaman kanak-kanak makan ice cream..

Gambar sekadar hiasan
Si CANTIK ini update blog die kelakar pasal kitaorang nak tengok? Boleh blogwalking sekali blog die nie. MISS AKMA. Saya ada print screen blog nya. Nak usha just klik pada gambar yg diberi. Tapi bukan gambar Nichkhun ye!



Saya sekarang tiba-tiba dalam mood malas pulak.. Just tengok nie ape respond kawan-kawan kita orang..


Gambar ini merupakan post Miss Akma buat dalam blognya pasal kita orang. Tapi lawak bila kenangkan balik. Nak cerita pown tak boleh. Dah la time itu mase tengah cuti seminggu untuk paper SPM yang selanjutnya. Contohnya : BIO, CHEMISTRY, PHYSICS. Dah la semua hard core boleh pulak main-main sebab nak hilangkan tekanan.


Ini pulak gambar kawan saya punya respond..


Just NICE to KNOW THEM.

I MISS ALL MY FRIENDS LIKE CRAZY NAK BUAT KERJA DULU-DULU TIME MASA SEKOLAH


Sampai disini saya saja saya punya coretan, tak boleh sambung lama-lama sebab esok ade drving class. Err.. Malas sebenarnya tapi nak buat macam mane sebab driving test 16 APRIL nie gila la tak praktis (macam perfect sangat) Okay la.. Bye bye..



THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Saturday, March 30, 2013

Kisah KAMI: Saya, Dia, Kamu, Kita dan Semua

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Apa khabar semua? Saya sihat-sihat belaka... Harap-harapawak sihat juga... Amin...
Saya dah lama tak update blog disebabkan saya telah dilanda penyakit KEMALASAN tahap yang melampau... Tapi hari ini saya tiba-tiba nak update blog... Jealous puladengan orang lain yang asyik update blog saja...  Jadi hari ini saya nak bercerita tentang kisah saya dan kawan-kawan...

Ini Kisah KAMI

Kisahnya bermula begini... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada suatu hari saya telah menerima surat pada bulan 12 tahun 2012. Saya dikehendaki untuk memberi perkhidmatan untuk negara iaitu, PLKN. Saya sangat tak suka pada waktu itu.Pada tanggal 5 Jan 2013,saya telah daftar dikaunter pendaftaran untuk menjalani latihan khidmat negara. Lalu saya bawa barang say naik bas dan bas menuju ke KEM PLKN NILAM EHSAN, BIDOR PERAK. Fuhh! Nasib baik saya dapat dekat perak. Nak dipendekkan cerita lagi, sekarang saya suka masuk PLKN sebab dapat duit free walaupun sikit, saya dapat ramai kawan, saya dapat dormmate yang gila-gila macam saya, saya dapat jumpa KEMBAR saya, saya dapat jumpa yang saya boleh 'usha' waktu itu, saya dapat cikgu yang selalu cerita dekat saya macam-macam ( sebab cikgu selalu bawak saya pergi hospital dan klinik walaupun dua kali ) dan saya dapat buat kenangan antara kami semua.

Waktu saya mula-mula dapat tahu saya dapat PLKN saya menangis sakan dekat kawan saya dan kami ada geng PLKN masa itu. Hehe. Tak sangka dapat masuk PLKN best juga. Betul kata kawan-kawan saya dulu dan cikgu PLKN, waktu kita masuk mesti rasa ak seronok dan macam-macam lagi tapi waktu malam penutup kamu akan menangis sebab kenangan antarakita sampaidi sini sahaja. Walaupun saya dapat kawan dengan mereka sekejap sahaja tapi kenangan yang dibina bersama sangat manis dan ianya lebih manis lagi daripada manisan. WOW!bermadah kata saya pula hari ini. Pernah dengar tak ayat macam ini : 

1. Perkara yang kita tidak suka adalah perkara yang baik untuk kita dan perkara yang kita fikirkan baik adalah perkara yang buruk untuk kita.
2. Apa yang kita tidak suka adalah perkara yang paling kita suka dan perkara yang kita suka adalah perkara yang kita tidak suka.
Walaupun kadang-kadang kena 'dera' dengan cikgu joging dewan makan dua round dan push-up tapi itulah kenangan. Kena marah dengan cikgu sebab tak tutup tingkap, katil tak tegang, kasut tak susun ikut layout, selipar tak susun, dorm tak kemas dan lain-lain. Tapi bila ingat balik orang boleh kata kita gila sebab kadang-kadang kita tersengih seorang bila tengok gambar dan sebagainya.

Okeylah saya tulis sampai dekat sini saja, nanti saya sambung lagi dengan episod yang seterusnya iaitu tentang SPM pula. Saya tahu kekurang 'skill' menulis tapi berangan nak jadi penulis. Tak patut betulkan? Maaf kalau saya ada terkasar bahasa semasa awak membaca entry saya, saya harap awak maafkan saya sebab saya tidak mahir dalam bidang penulisan sangat. Dan lupa pula mesti awak boringkan sebab saya tak reti nak menulis, betul tak? Kan3x! ( macam upin dan ipin buat itu ) Lastly, saya minta maaf sangat-sangat dan saya hadiahkan awak semua gambar yang saya sediakan dekat bawah ini... 









Nak tengok lagi gambar? Apa tunggu lagi add saya dekat facebook.


 

THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR