Wednesday, April 16, 2014

ComeBack!



Hi semua!! Apa khabar? Maaf saya dah lama tak update. Walaupun sebelum nak tulis post nie saya dah fikir banyak benda tapi tak de satu pun tangan nie nak tulis, payah betul. Saya kini kembali untuk update blog. Sebelum nie tak de pun nak update blog sebab 'busy' lepas tu ramai pulak kawan saya yang merungut. Like this situation :

A : Eh! Kau dah lama erk tak update blog?
Me : Yup. Why?
A : Tak de saje tanya sebab aku dah tak nampak kau update. Waktu tu aku rajin baca blog ko.
Me : Ye ke? Aku tak tau pun.
A : Mana taknya aku tulis nama 'kormesial' kau tu terus jumpa blog ko, semuanye la pasal kau.
Me : Ye ke? Aku rase tak.
A : Ko tak percaya tengok. Aku cari pasal ***** tapi muka kau yang terkeluar. Sibuk je.
Me : Ala mane laa aku tau. Nak delete dari search tu pun dah tak boleh. Ko nak aku buat macam mana?
A : Ye la, ye la. Tapi ok jugak kau tulis. Kau kan suka merepek.
Me : O.o' A nanti-nanti la kalau aku rajin nak update. 

Itulah kisahnya. Saya ingatkan blog saya yang macam tongkang pecah nie tak de orang nak baca. Ye la saya nie bukannya reti nak tulis benda-benda yang menarik. Ok sekarang saya dah update, saya harap A akan happy.


Nie lagi satu kisah. Saya punya story dah lama tak update sejak tahun lepas. Teruknya saya! (pukul diri sendiri) sampaikan my follower for this fanfics comment macam tu. So lepas nie saya nak update fanfic tu. Tapi tak tau bila pulak nak tulis story

So, sekarang saya tengah cuti semester. Lepas nie nak masuk part 3, kena pindah universiti, sekarang tengah tunggu result exam yang akan keluar tak lama lagi. Saya ada terfikir selama saya cuti nie nak kerja. Tapi semalam dah pergi interview tak dapat.  Bak kata orang mesti sedih tak dapat kerja. Tapi saya lain sikit, saya tak pasti sama ada yang diantara pembaca rasa sama macam saya. Mula-mula saya rasa kecewa, tapi bila saya fikir balik tak pe nie pengalaman nanti bila dah habis study nak pergi interview mesti kena ingat balik peristiwa interview tak dapat kerja. 

Kesimpulannya, saya tengah cari kerja lain. ^^ Saya tak tau nak kerja apa sebab susah tak ada kenderaan nak pergi kerja. Saya ada lesen tapi tak buleh guna sebab tak ada kenderaan. Kalau nak tunggang motor saya tak ada lesen motor. Adoyai susah juga rupanya kalau kerja tak ada kenderaan. Tambah-tambah lagi kalau kerja jauh-jauh lagi seksa.

1. Why my post tittle comeback?
 - Because saya punya sukalah kenapa nak sibuk-sibuk. Busy body jer. Kekekeke. Tak adalah saya bagi nama comeback sebab banyak kpop idol group tengah comeback!! Wooo. Tepuk tangan kuat-kuat sampai merah tapak tangan. Bukan sebab itulah. Tapi logik jugakkan sebab tu. Sebanar nya saya letak tajuk post nie comeback sebab saya tengah buat comeback untuk blog saya. Saya telah berjaya menyediakan tatapan untuk pembaca saya walaupun hanya saya post sahaja. Maaflaa kalau selama nie saya tak post.

2. Perubahan blog?
 - Saya rasa tak ada apa yang berubah dalam blog saya nie. Dah trang-tang-tang nampak blog saya tak berubah dari dulu. Saya nak edit kena cari masa yang sesuai untuk semua. Nak ubah semua dalam blog nie. Kalau berubah may be ada sikit kot? Contohnya ialah, post blog saya dah tambah lagi satu. Tulisan yang bukan dalam bahasa Melayu saya italic-kan. Itu saja yang berubah rasanya. Kalau nak ubah yang lain semuanya dalam proses pembikinan. Nanti saya bagi tahu.

Ok sampai di sini saja saya nak menulis. Nanti saya update lagi kalau ada berita yang boleh di kongsikan. Atau sila serta komen anda tentang comeback saya ini. Lagi nak saya kongsi kan. Jumpa lagi!




THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Post a Comment

Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR