Showing posts with label ApRIL. Show all posts
Showing posts with label ApRIL. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

ComeBack!



Hi semua!! Apa khabar? Maaf saya dah lama tak update. Walaupun sebelum nak tulis post nie saya dah fikir banyak benda tapi tak de satu pun tangan nie nak tulis, payah betul. Saya kini kembali untuk update blog. Sebelum nie tak de pun nak update blog sebab 'busy' lepas tu ramai pulak kawan saya yang merungut. Like this situation :

A : Eh! Kau dah lama erk tak update blog?
Me : Yup. Why?
A : Tak de saje tanya sebab aku dah tak nampak kau update. Waktu tu aku rajin baca blog ko.
Me : Ye ke? Aku tak tau pun.
A : Mana taknya aku tulis nama 'kormesial' kau tu terus jumpa blog ko, semuanye la pasal kau.
Me : Ye ke? Aku rase tak.
A : Ko tak percaya tengok. Aku cari pasal ***** tapi muka kau yang terkeluar. Sibuk je.
Me : Ala mane laa aku tau. Nak delete dari search tu pun dah tak boleh. Ko nak aku buat macam mana?
A : Ye la, ye la. Tapi ok jugak kau tulis. Kau kan suka merepek.
Me : O.o' A nanti-nanti la kalau aku rajin nak update. 

Itulah kisahnya. Saya ingatkan blog saya yang macam tongkang pecah nie tak de orang nak baca. Ye la saya nie bukannya reti nak tulis benda-benda yang menarik. Ok sekarang saya dah update, saya harap A akan happy.


Nie lagi satu kisah. Saya punya story dah lama tak update sejak tahun lepas. Teruknya saya! (pukul diri sendiri) sampaikan my follower for this fanfics comment macam tu. So lepas nie saya nak update fanfic tu. Tapi tak tau bila pulak nak tulis story

So, sekarang saya tengah cuti semester. Lepas nie nak masuk part 3, kena pindah universiti, sekarang tengah tunggu result exam yang akan keluar tak lama lagi. Saya ada terfikir selama saya cuti nie nak kerja. Tapi semalam dah pergi interview tak dapat.  Bak kata orang mesti sedih tak dapat kerja. Tapi saya lain sikit, saya tak pasti sama ada yang diantara pembaca rasa sama macam saya. Mula-mula saya rasa kecewa, tapi bila saya fikir balik tak pe nie pengalaman nanti bila dah habis study nak pergi interview mesti kena ingat balik peristiwa interview tak dapat kerja. 

Kesimpulannya, saya tengah cari kerja lain. ^^ Saya tak tau nak kerja apa sebab susah tak ada kenderaan nak pergi kerja. Saya ada lesen tapi tak buleh guna sebab tak ada kenderaan. Kalau nak tunggang motor saya tak ada lesen motor. Adoyai susah juga rupanya kalau kerja tak ada kenderaan. Tambah-tambah lagi kalau kerja jauh-jauh lagi seksa.

1. Why my post tittle comeback?
 - Because saya punya sukalah kenapa nak sibuk-sibuk. Busy body jer. Kekekeke. Tak adalah saya bagi nama comeback sebab banyak kpop idol group tengah comeback!! Wooo. Tepuk tangan kuat-kuat sampai merah tapak tangan. Bukan sebab itulah. Tapi logik jugakkan sebab tu. Sebanar nya saya letak tajuk post nie comeback sebab saya tengah buat comeback untuk blog saya. Saya telah berjaya menyediakan tatapan untuk pembaca saya walaupun hanya saya post sahaja. Maaflaa kalau selama nie saya tak post.

2. Perubahan blog?
 - Saya rasa tak ada apa yang berubah dalam blog saya nie. Dah trang-tang-tang nampak blog saya tak berubah dari dulu. Saya nak edit kena cari masa yang sesuai untuk semua. Nak ubah semua dalam blog nie. Kalau berubah may be ada sikit kot? Contohnya ialah, post blog saya dah tambah lagi satu. Tulisan yang bukan dalam bahasa Melayu saya italic-kan. Itu saja yang berubah rasanya. Kalau nak ubah yang lain semuanya dalam proses pembikinan. Nanti saya bagi tahu.

Ok sampai di sini saja saya nak menulis. Nanti saya update lagi kalau ada berita yang boleh di kongsikan. Atau sila serta komen anda tentang comeback saya ini. Lagi nak saya kongsi kan. Jumpa lagi!




THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Tuesday, April 16, 2013

First Giveaway semperna 100 follower by Syada Nazurah





    Hi! Apa khabar semua? Saya harap semua sihat-sihat belaka. OK saya sebenarnya tak nak cerita panjang-panjang. Hasrat hati saya pada kali ini ialah nak buat giveaway buat julung kalinya. Yelakan orang tak pernah buat nak merasa jugak buat giveaway. Saya buat giveaway ini semperna follower saya yang telah mencecah 100. Bukti inilah dia.




    Seronok-seronok! Padahal orang lain dah berarus, beribu saya tengok. Tapi tak apa itu bukanlah faktor saya untuk terus give up dalam dunia blogging ini. Ok teruskan membaca untuk tahu tentang giveaway saya. 



    Syarat adalah seperti berikut :
    1. Follow blog Syada Nazurah dan Like Page Syada Nazurah.
    2. Tulis satu entry bertajuk "First Giveaway semperna 100 follower by Syada Nazurah"
    3. Tinggalkan link entry blog anda di ruang komen sahaja, di Cbox tidak diterima.
    4. Tag beberapa rakan anda sekurang-kurangnya tiga orang tiada tahap maksimum untuk anda tag rakan anda. Pastikan rakan yang anda 'tag' itu tahu akan giveaway ini.
    5. Jangan lupa untuk like sponsor untuk giveaway ini.
    6. Due date : 1 Mei 2013 cepat sebelum terlambat!
    Itu sahaja, senang je kan? Apa lagi marilah sama masuk giveaway saya. Hadiah akan saya beritahu kemudian serta pemberitahuan calon pemenang untuk segmen giveaway saya ini.
    Itu saja dari saya. 


    SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA!


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Thursday, April 4, 2013

    APRIL Bloglist 2013


    Assalaimualaikum dan selamat pagi semua...

    Sihat tak? Saya sihat lagi tak patah mana-mana bahagian badan lagi kalau nak kata patah hati itu ade la jugak awal tahun lepas... Hehe  Ok disebabkan hari ini dah bertarikh 04 April 2013 jadi saya nak buat satu segmen...

    Jajjang!!!

    Kalau tengok tajuk pun dah tahu, apa lagi segmen bloglist la. Segmen ini merupakan percubaan pertama saya dan saya akan buat bloglist setiap bulan. Kiranya tiap-tiapbulan blog list saya akan bertukar, ye la tak kan nak orang yang sama saja sepanjang tahun tapi saya buat sepanjang bulan... 

    Nak masuk dalam senarai bloglist saya? Eh! Siapa kata tak boleh, boleh tapi kena ada syaratnya



    Syarat Umum : 

    1. Seorang yang merupakan warganegara
    2. Seseorang yang mempunyai blognya sendiri

    Syarat Wajib :

    1. Anda dikehendaki membuat satu entry tentang bloglist yang saya adakan
    2. Anda dikehendaki follow blog saya  
    3. Anda dikehendaki like ini :

    Like ini jugak..

     
    4. Anda juga dikehendaki untuk tag beberapa orang blogger atau rakan anda yang mempunyai blog. Lagi ramai lagi baguskan? Anda perlu tag blogger lain sekurang-kurangnya TIGA orang.
    5. Akhir sekali, selepas anda buat semuanya anda bolehlah tinggalkan link blog anda tentang bloglist saya di kotak komen saya.

    Tarikh Luput : Bila dah cukup kuota 

    P/S : Saya akan batalkan segmen bloglist ini jika segmen ini kurang daripada 30 orang.

    Sampai di sini saja saya mahu berkata-kata. Saya harap ramai yang nak masukkan link blog mereka dalam bloglist saya. Amin... Jumpa lagi di lain lembaran... 

    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Tuesday, April 2, 2013

    Tawaran : Farmasi oh tidak!! Bloglist? m.m


    Assalaimualaikum dan selamat malam semua.

    Saya harap semua baik-baik belaka. Sebenarnya dari pagi tadi sampai petang saya ada dekat kampung. Tak buat apa pun duduk tengok tv. Ala takat kemas rumah biasalah adat kita kena buat bila dah lama tak balik rumah. Dekat kampung saya itu tak ada siapa pun. Maksud saya tak ada opah, atuk, sepupu, sepapat, sepipit, dengan sepapanlah sekali. Malamtadi tiba-tiba umi saya cakap balik kampung. Ok tak kesah pun. Tapi saya boring duduk dekat sana sebab tak ada apa-apa.

    Bila waktu petang lepas umi saya habis kerja, umi ambil kami adik-beradik dari kampung, sampai saja rumah dah nak hujan lebat kami adik-beradik kelang-kabut angkat kain dari jemuran, ada yang tutup suis, cabut plug. Dan saya pulak tutup pagar pergi peti surah tengok surat. Hehehe ^^ Saya ambil surat dari etisurat tengok surat nama pertama yang saya tengok nama umi saya  Baru saya nak patah hati sebab saya tak dapat surat tengok-tengok nama saya!  Seronok sangat sebab saya memang tunggu surat tawaran pun sebab saya dapat yang saya tak minat walaupun saya ambil course waktu SPM sains tulen. Tapi saya tak pernah suka sains, tengok-tengok ambil kau FARMASI  Sedih betul, before ini saya dapat surat atwaran pun farmasi, tak farmasi bidang sain. kenapalah tak bagi saya dalam bidang math. Subjek math paling saya score tapi tak dapat. I mean both math la : add math and math mod.

    I LOVE MATH FOREVER

    Macam video yang matluthfi buat tu pasal SPM dah tengok ke belum? Check this video.


    Macam situasi yang matlutfhi buat sama macam saya.

    Example :

    XX : Kamu nak ambil ape lepas ini
    ME : Nak ambil bidang math asalkan bukan sains
    XX : Hah? Apa kamu/ko nie name je budak sains tapi nak ambil math. Ape kes. Orang jadila doktor ke, arkitek ke. Kalau kamu ambil bidang math ape kamu boleh buat?
    ME : Kan bidang math banyak. Jadi tak de la susah sangat.
    XX : Suke hatilah. Bidang math bidang ape?
    ME : Science actuary.
    XX : Apa kamu boleh jadi?
    ...........................................................................................................................

    Cukup sampai dekat situ saja. kalau orang tanya saya mestimacam itu sampaikan tak tau and tak boleh nak jawab apa. Kadang-kadang saya jawab dengan soalan. letih nak jawab benda yang sama.

    Apa nak jadi,
    Apa nak jadi,
    Sampai sekarang tak sambung study. (padahal baru je lepas dapat result)

    Oklah sampai dekat sini saya nak bermadah.Tapi apa pendapat awak kalau saya buat satu segmen bloglist. Nak tak? give me respond OK?


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Monday, April 1, 2013

    1 April RTM Kali ke-67 ?


    Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

    Moga hari anda ceria selalu.. ;d
    Saya ada satu cerita. Adakah anda semua tahu hari ini ada satu event yang penting? Saya dapat tahu pun daripada radio. Hehehe. ^^

    Memandangkan hari ini ialah 1 April 2013, saya nak ucapkan selamat datang ke bulan April. Saya berharap bulan April ini lebih baik dari bulan yang lalu. Amin. Berbalik kepada topik asal.

    Petang tadi saya dalam perjalan pulang ke rumah umi saya turn on siaran Perak f.m. selalunya Perak f.m. petang-petang ada ceramah, saya selalu juga dengar sebab umi saya buka. Selalunya radio kan ada iklan semenrtara tapi tiba-tiba saya terdengar suara seorang wanita berkata begini :

    Memandangkan hari ini merupakan 1 April dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengokong kami iaitu, pendengar radio Perak f.m dan RTM. Anda semua telah menyokong kami dan hari merupakan hari RTM yang ke-67. Bla.Bla.Bla
    Banyak lagi sebenarnya empunya suara itu berkata-kata. Cewah! Tapi tak adalah saya ingat stiap butir perkara yang beliau katakan. Saya cuma tertarik dengan katanya yang menyatakan RTM telah menyambut hari ulang tahun yang ke-67. Lama tu, sebenarnya saya tak pernah tahu pun hari ini merupakan hari ulang tahun RTM. Apa yang saya tahu birthday family saya dan beberapa orang kawan saya yang saya ingat. :)

    Tapi saya tak tahulah RTM apa kan. Saya rasa yang ada siaran television RTM 1 dan RTM 2. Walaubagaimanpun saya tetap nak ucapkan selamat hari ulang tahun RTM!  

    Sebenarnya sebelum saya buat entry ini saya tengah menonton satu drama korea, tiba-tiba saya teringat saya nak buat post tentang ulang tahun RTM jadi tersangkutlah saya dekat blog ini seketika. Kini tibalah masa untuk saya menyambung semula drama yang saya tertangguh itu.  Nanti saya cerita apa yang saya tengok. Jangan risau, itupun kalau awak nak baca. n.n

    Sampai disini saja embaran saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi di lain lembaran. Macam mana dengan yang saya decoration blog saya yang baru? Ok tak? Lepas saya menonton drama tersebut saya nak edit blog lagi masih ada yang kurang. Kalah ada salah silap minta ampun dan maaf dari hujung kaki sehingga hujung rambut.. :p

    Selamat berjumpa lagi!


    THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

    Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR