Showing posts with label new. Show all posts
Showing posts with label new. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

APRIL Bloglist 2013


Assalaimualaikum dan selamat pagi semua...

Sihat tak? Saya sihat lagi tak patah mana-mana bahagian badan lagi kalau nak kata patah hati itu ade la jugak awal tahun lepas... Hehe  Ok disebabkan hari ini dah bertarikh 04 April 2013 jadi saya nak buat satu segmen...

Jajjang!!!

Kalau tengok tajuk pun dah tahu, apa lagi segmen bloglist la. Segmen ini merupakan percubaan pertama saya dan saya akan buat bloglist setiap bulan. Kiranya tiap-tiapbulan blog list saya akan bertukar, ye la tak kan nak orang yang sama saja sepanjang tahun tapi saya buat sepanjang bulan... 

Nak masuk dalam senarai bloglist saya? Eh! Siapa kata tak boleh, boleh tapi kena ada syaratnya



Syarat Umum : 

1. Seorang yang merupakan warganegara
2. Seseorang yang mempunyai blognya sendiri

Syarat Wajib :

1. Anda dikehendaki membuat satu entry tentang bloglist yang saya adakan
2. Anda dikehendaki follow blog saya  
3. Anda dikehendaki like ini :

Like ini jugak..

 
4. Anda juga dikehendaki untuk tag beberapa orang blogger atau rakan anda yang mempunyai blog. Lagi ramai lagi baguskan? Anda perlu tag blogger lain sekurang-kurangnya TIGA orang.
5. Akhir sekali, selepas anda buat semuanya anda bolehlah tinggalkan link blog anda tentang bloglist saya di kotak komen saya.

Tarikh Luput : Bila dah cukup kuota 

P/S : Saya akan batalkan segmen bloglist ini jika segmen ini kurang daripada 30 orang.

Sampai di sini saja saya mahu berkata-kata. Saya harap ramai yang nak masukkan link blog mereka dalam bloglist saya. Amin... Jumpa lagi di lain lembaran... 

THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Tuesday, May 29, 2012

For the first time in my life

Assalamualaikum...

Dah lambat hari ini... Saya belum tidur lagi semata-mata untuk buat photoshop... Kerja gila betulkan... Saya buat poster.. Nak lihat hasilnya... Tapi buruklah... Sebab first time buat poster, before ini tak pernah buat lagi... Kalau dah tengok tolong komen sekali... Nak buat improvement dari masa ke masa... Klik untuk lihat yang original saiz...


Okaylah saya nak tidur... Terima kasih sebab melihat saya punya poster... Selamat malam bagi Malaysia... See you later...





THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Saturday, April 7, 2012

Latest post with new face

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Saya harap semua sihat-sihat saja... Dah lama saya tak up-date blog... Rindulah.... :) Siapa yang sebelum ini ada review atau blowalking dekat sini... Saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melihat blog saya yang serba kekurang ini... Blog hari itu telah diilhamkan oleh Miss Lovouis... Template saya yang dulu saya tempah dekat Miss Lovouis... Tapi sekarang saya cuba buat dengan kebolehan yang saya ada... Inilah jadinya kalay saya buat... Serabut kan? Betul atau tidak? Kalau ramai yang jujur mesti cakap blog saya tak cantik macam orang lain... Nak buat macam mana hakikat kena terimalah bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain... Kita memang dari kaum yang sama, dari agama yang sama... Tetapi pandangan kita untuk sesuatu pastinya lain daripada orang lain... Wah... Wah... Wah... Maaf ya malam ini saya mahu bermadah kata... :)

Bercerita tentang bermadah kata... Saya teringat suatu peristiwa yang terjadi... Semalam petang saya ada kelas tambahan sekolah yang buat... Masa itu kelas tambahan Bahasa Melayu... Kami telah diberi tugas daripada cikgu BM kami masing-masing untuk melakukan presentation... Saya dapat topik tentang 'Peranan Ibu Bapa'... Saya mengupaskan tentang peranan ibu bapa bagi memupuk minat membaca anak-anak... Sebelum saya pergi kelas tambahan saya berharap agar saya boleh melakukan yang terbaik... Tujuan presentation ini adalah untuk memberi markah PLBS BM kami... Memang mengerikan semasa menunggu turn.... Kelas mula pukul 3.30 petang... Apabila tiba pukul 5.00 petang... Cikgu beritahu bahawa pelajar-pelajar yang tidak sempat melakukan presentation, anda dimintamelakukan dengan guru BM anda sendiri.... Alangkah gembiranya saya kerana saya tak perlu buat waktu itu... Lagipun kalau saya buat presentation waktu itu mungkin akan habis pada waktu malam... :D Awak nak tahu tak nombor giliran saya yang sebenar? Nombor giliran saya yang sebenar ialah yang ke-118... Lambat lagi... Tapi saya masih sempat buat persediaan untuk presentation ini... Doakan saya...

Kalauawak semua ada komen tentang saya punya blog ini... tolong beritahu saya... Kerjasama anda amat dihargai... Okay sampai dekat sini saja sana berceloteh... Semoga kita berjumpa di lain lembaran... Sekian....

THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR