Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Monday, April 1, 2013

1 April RTM Kali ke-67 ?


Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

Moga hari anda ceria selalu.. ;d
Saya ada satu cerita. Adakah anda semua tahu hari ini ada satu event yang penting? Saya dapat tahu pun daripada radio. Hehehe. ^^

Memandangkan hari ini ialah 1 April 2013, saya nak ucapkan selamat datang ke bulan April. Saya berharap bulan April ini lebih baik dari bulan yang lalu. Amin. Berbalik kepada topik asal.

Petang tadi saya dalam perjalan pulang ke rumah umi saya turn on siaran Perak f.m. selalunya Perak f.m. petang-petang ada ceramah, saya selalu juga dengar sebab umi saya buka. Selalunya radio kan ada iklan semenrtara tapi tiba-tiba saya terdengar suara seorang wanita berkata begini :

Memandangkan hari ini merupakan 1 April dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengokong kami iaitu, pendengar radio Perak f.m dan RTM. Anda semua telah menyokong kami dan hari merupakan hari RTM yang ke-67. Bla.Bla.Bla
Banyak lagi sebenarnya empunya suara itu berkata-kata. Cewah! Tapi tak adalah saya ingat stiap butir perkara yang beliau katakan. Saya cuma tertarik dengan katanya yang menyatakan RTM telah menyambut hari ulang tahun yang ke-67. Lama tu, sebenarnya saya tak pernah tahu pun hari ini merupakan hari ulang tahun RTM. Apa yang saya tahu birthday family saya dan beberapa orang kawan saya yang saya ingat. :)

Tapi saya tak tahulah RTM apa kan. Saya rasa yang ada siaran television RTM 1 dan RTM 2. Walaubagaimanpun saya tetap nak ucapkan selamat hari ulang tahun RTM!  

Sebenarnya sebelum saya buat entry ini saya tengah menonton satu drama korea, tiba-tiba saya teringat saya nak buat post tentang ulang tahun RTM jadi tersangkutlah saya dekat blog ini seketika. Kini tibalah masa untuk saya menyambung semula drama yang saya tertangguh itu.  Nanti saya cerita apa yang saya tengok. Jangan risau, itupun kalau awak nak baca. n.n

Sampai disini saja embaran saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi di lain lembaran. Macam mana dengan yang saya decoration blog saya yang baru? Ok tak? Lepas saya menonton drama tersebut saya nak edit blog lagi masih ada yang kurang. Kalah ada salah silap minta ampun dan maaf dari hujung kaki sehingga hujung rambut.. :p

Selamat berjumpa lagi!


THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT

Ringankan Tangan Anda KLIK To Our SPONSOR