Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Apa khabar semua? Saya sihat-sihat belaka... Harap-harapawak sihat juga... Amin...
Saya dah lama tak update blog disebabkan saya telah dilanda penyakit KEMALASAN tahap yang melampau... Tapi hari ini saya tiba-tiba nak update blog... Jealous puladengan orang lain yang asyik update blog saja...

Jadi hari ini saya nak bercerita tentang kisah saya dan kawan-kawan...
Ini Kisah KAMI
Kisahnya bermula begini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada suatu hari saya telah menerima surat pada bulan 12 tahun 2012. Saya dikehendaki untuk memberi perkhidmatan untuk negara iaitu, PLKN. Saya sangat tak suka pada waktu itu.Pada tanggal 5 Jan 2013,saya telah daftar dikaunter pendaftaran untuk menjalani latihan khidmat negara. Lalu saya bawa barang say naik bas dan bas menuju ke KEM PLKN NILAM EHSAN, BIDOR PERAK. Fuhh! Nasib baik saya dapat dekat perak. Nak dipendekkan cerita lagi, sekarang saya suka masuk PLKN sebab dapat duit free walaupun sikit, saya dapat ramai kawan, saya dapat dormmate yang gila-gila macam saya, saya dapat jumpa KEMBAR saya, saya dapat jumpa yang saya boleh 'usha' waktu itu, saya dapat cikgu yang selalu cerita dekat saya macam-macam ( sebab cikgu selalu bawak saya pergi hospital dan klinik walaupun dua kali ) dan saya dapat buat kenangan antara kami semua.
Waktu saya mula-mula dapat tahu saya dapat PLKN saya menangis sakan dekat kawan saya dan kami ada geng PLKN masa itu. Hehe. Tak sangka dapat masuk PLKN best juga.

Betul kata kawan-kawan saya dulu dan cikgu PLKN, waktu kita masuk mesti rasa ak seronok dan macam-macam lagi tapi waktu malam penutup kamu akan menangis sebab kenangan antarakita sampaidi sini sahaja. Walaupun saya dapat kawan dengan mereka sekejap sahaja tapi kenangan yang dibina bersama sangat manis dan ianya lebih manis lagi daripada manisan. WOW!bermadah kata saya pula hari ini. Pernah dengar tak ayat macam ini :
1. Perkara yang kita tidak suka adalah perkara yang baik untuk kita dan perkara yang kita fikirkan baik adalah perkara yang buruk untuk kita.
2. Apa yang kita tidak suka adalah perkara yang paling kita suka dan perkara yang kita suka adalah perkara yang kita tidak suka.
Walaupun kadang-kadang kena 'dera' dengan cikgu joging dewan makan dua round dan push-up tapi itulah kenangan. Kena marah dengan cikgu sebab tak tutup tingkap, katil tak tegang, kasut tak susun ikut layout, selipar tak susun, dorm tak kemas dan lain-lain. Tapi bila ingat balik orang boleh kata kita gila sebab kadang-kadang kita tersengih seorang bila tengok gambar dan sebagainya.
Okeylah saya tulis sampai dekat sini saja, nanti saya sambung lagi dengan episod yang seterusnya iaitu tentang SPM pula. Saya tahu kekurang 'skill' menulis tapi berangan nak jadi penulis. Tak patut betulkan? Maaf kalau saya ada terkasar bahasa semasa awak membaca entry saya, saya harap awak maafkan saya sebab saya tidak mahir dalam bidang penulisan sangat. Dan lupa pula mesti awak boringkan sebab saya tak reti nak menulis, betul tak? Kan3x! ( macam upin dan ipin buat itu ) Lastly, saya minta maaf sangat-sangat dan saya hadiahkan awak semua gambar yang saya sediakan dekat bawah ini...
Nak tengok lagi gambar? Apa tunggu lagi add saya dekat facebook.
THANKS FOR READING DON'T FORGET TO LEAVE A COMMENT